11 July 2010

LA TAHZAN - KEGEMBIRAAN

' BIla ditimpa dugaan, mintalah pertolongan dr ALLAH untuk diperkuatkan IMAN dan pohonlah perllindungan dr ALLAH dari kesemua kesedihan"

MENANGIS

Kita boleh menangis tapi biarlah tangisan itu hanya apabila kita sedang bermunajat kepada ALLAH.

Usah dididik diri & hati untuk menangis kepada perkara2 keduniaan. Seseungguhnya sikap itu bukanlah sikap yang terpuji.

Untuk meningkat darjat kita disisi ALLAH bukanlah dgn menangis TETAPI perbanyakkanlah AMAL SOLEH dgn penuh keikhlasan. Insya-ALLAH, DIA akan sentiasa bersama-sama dgn kita.

Kita sememangnya disuruh untuk bergembira, berlapang dada. Kerana itulah dia SYURGA di dunia.

Syurga Dunia itu bergembira ke jalan ALLAH, ketenangan hati, berlapang dada dan merasai nikmat kegembiraan

Hidayah itu Milik Allah

Salam untuk diri sendiri.

Tahun 2010 dah melepasi separuh tahun. Macam2 yang dah berlaku dan berlalu. Pelbagai dugaan dan keinsafan bertandang. Pelbagai ilmu dan pengajaran yang diperolehi.

Bagi kehidupan aku untuk 6 bulan 2010, banyak perkara yang dipelajari, banyak perkara yang disesali dan banyak perkara yang perlu untuk diperbaiki dan banyak ilmu yang ada tunggu untuk diaplikasikan.

Sesungguhnya, apa yang BAIK datang dari Allah dan sesungguhnya yang BURUK itu datang dari diri sendiri yang leka dengan duniawi dan kalah dgn hasutan Iblis, Syaitan & Nafsu.

& sesungguhnya Hidayah itu milik ALLAH.

Apabila Hidayah itu terbit dari hati, apabila kita merasakan kehadiran-Nya, ketika itulah baru kita memahami apa itu ketenangan & kebahagiaan. Betapa Allah bersifat Maha Penyayang & Maha Pengasih.

Belajarlah mencintaiNya kerana tiada kelukaan, tiada kedukaan yang diberi. Malah bertambah kenikmatan akhirat yang diperolehi.

Belajarlah bersabar kerana tiada kerugiaan yang diperolehi. Malah ketinggian darjat yang diperolehi.

Sempurnakanlah solat kerana ia akan memimpin kita ke jalan yang benar.

Tak mudah untuk perolehi tapi... tak susah untuk mencari.

Yakin Diri

Yakin Diri

YAKIN DIRI – copy from http://www.fuadlatip.com

Memang mudah untuk mengatakan bahawa kita yakin pada diri sendiri. Tetapi sejauh mana kita meyakini diri kita terhadap sesuatu perkara seringkali tidak mencecah 100%. Masalah ini bukanlah wujud dalam diri anda seorang sahaja. Malah ia wujud hampir kepada setiap orang.
Saya suka cerita kungfu panda. Cerita yang memberi pengajaran terbaik di dalam membina keyakinan diri. Scroll Golden Warrior memberitahu kita bahawa untuk berjaya, kita kena yakin pada diri sendiri. Tetapi sebagai seorang islam, perkara utama adalah kita perlu yakin dengan Tuhan iaitu Allah.

Lalu persoalan baru wujud di mana bagaimana untuk kita Yakin dengan Allah 100%. Kita seringkali berkata kita yakin dengan Allah. Tetapi ramai cuma mengatakan yakin ketika dalam solat sahaja iaitu ketika mengucap di duduk antara dua sujud. Bagaimana di dalam aktiviti harian kita? Sejauh mana kita berdoa kepada Allah di dalam melakukan sesuatu perkara?

Sebagai contoh, di dalam kita melakukan internet biz, di dalam kita melakukan aktiviti marketing dan sebagainya, berapa ramai yang berdoa kepada Allah memohon agar apa yang kita lakukan akan berjaya dan mencapai apa yang kita inginkan. Berapa ramai yang berdoa agar Allah memurahkan rezeki kita ketika kita sedang melakukan? Bukankah kita dikehendaki mengingati Allah setiap saat.

Jika kita tidak berdoa, bukankah sebenarnya kita tidak yakin dengan Allah. Lalu bagaimana kita nak percaya pada diri sendiri sedangkan kita tidak pernah berdoa pada Allah agar kita yakin dengan diri sendiri. Berdoa agar Allah melapangkan hati kita dan memberi rahmat kepada kita.
Percayalah pada Allah dengan penuh keyakinan dan doalah kepadaNya agar kita sentiasa yakin dengan diri sendiri. InshaAllah kita akan mula yakin 100% dengan diri kita dan akhirnya kejayaan pasti datang.

By http://www.fuadlatip.com/

06 June 2010

Back to Work

1 Jun 2010, aku mulakan berkhidmat dgn salah satu Trading Company utk Oil& Gas. This company is the subsudiary of the well known Trading Company.

Role aku pun lebih kurang sama jer masa berkhidmat dgn Tanjung. Yg bezanya pun, Tanjung tu besar. This company baru nak bertapak. Staff pun masih 10 org jer.
Hari nie ikutkan aku tak patut pun buka blog tapi... dek kerana terlalu boring and tahap mengantuk yg dah cecah tahap dewa, nak tak nak aku kena do something. So nie la masa aku nak blogging.

Oil & Gas... best ke bidang nie... Aku suka.
Sbb...
1. Cita2 aku mmg nak jadi engineer. So byk engineering yg aku blaja dr bidang nie.
2. Mencabar. Setakat nie cabaran aku kat Trading jer.

Cabaran kat Edaran masih dlm proses. Aku pun masih nak kenal company nie.

Etika Kerja
1. Kerja adalah Ibadah. Buatlah seikhlas hati eventhough Boss Melayu, Cina atau India.
2. Bila dah dikatakan ibadah, seiringkan la dgn ibadah yang lain. Solat, Aurat, Adab dan Jujur.
3. Insya Allah, kita akan dpt rahmat dr Allah.

25 May 2010

Crow to Zero

Wah... lamernyer tak update blog...
Ni semua gara2 aku down.. Tapi, alhamdulilah.. semangat aku dah dtg balik dgn usaha aku dan keizinanNya juga.
Well.. aku decide nak ceritakan balik moment2 tu nanti.

Hari nie... aku tgh layan dvd Crow to Zero, japanese movie - pasal gangster bebudak sekolah.
Jalan citernyer sama jer dgn jalan2 citer kisah gangster.
Untuk dapat kawasan jajahan, respect dari group2 yang lain mereka2 ini akan tunggu power diorag dgn bergaduh. Gaduh tak main dgn senjata... Gaduh dgn fizikal contact.

Utk wujudkan sesatu group besar.. the leader akan cuba dptkan kepercayaan dr group2 kecik dan bukan senang nak dptkan kepercayaan leader2 group kecik ni..

Yang paling aku suka.. takde main2 duit.. mgkn masih bebudak lagi.

The best thing pasal gangster ni... loyalty yang diorg bagi utk leader. Kesetiaan yang tak berbelah bagi.

Tapi yang tak bestnyer... diorg nie sebenarnyer tak enjoy or tak menikmati kehidupan yang ada. sekali ko dah masuk group nie.. bukannyer mudah nak balik ke pangkal jalan.
Diorg nie hidup dgn banyak aura negatif - dendam, marah, kepuasan mencederakan lawan, hasad dengki dll.

Aku dulu pun suka gak group2 nie. Bila aku ingat balik, reason aku suka benda2 nie.. sbb aku tak puas hati + aku tak rasa ada org sayang kat aku + nak perhatian.
Zaman remaja kan..

Inila yg remaja rasa dan bertindak.

Kalau betul la kekwn diorg.. betul la jalan yg diorg pilih.
Tapi kalau salah... nie yg byk mat2 rempit, bohsia, dadah, seks bebas.

Siapa yang kawan terbaik utk diorg nie...? IBUBAPA

Bila kita di zaman kanak2, kita totally depending tu IBUBAPA. Even though garang macam maner IBUBAPA tu.. kanak2 nie akan tetap depend pada IBUBAPA.

Dr situ jugak la byk yg diorg blaja dr IBUBAPA. But kena ingat.. kanak2 nie mudah belajar dr ACTION IBUBAPA bukan dr PERCAKAPAN IBUBAPA.

Thats mean.. peranan IBUBAPA ialah AJAR dan AJAK kanak2 nie.

Secara umumnyer.. kanak2 perlukan orang dewasa utk guide diorg utk hidup.

20 January 2010

Azam Tahun 2010

Alhamdulilah... tanggal 18 Jan 2010, aku berjaya gak tender buat kali 3 setelah di tolak. Ni pun berkat kena marah dgn hubby gak.

Alhamdulilah.. aku buat keputusan nie pun bukan atas sbb tak puas hati dgn management atau pun tak suka dgn keje aku. Management tu pun orang, takde yang perfect pun.

Alhamdulilah.. azam aku tahun nie.. aku cabar diri aku untuk built up my own business. Business apa? Itu bukan permulaan. Tapi ilmu business, susah payah utk naik dan paling utama, mental setting.

Kita nie kalau tgk org berjaya, seronok. Mula2 bercita2 nak jadi macam tu. Tapi bersedia tak mental kita utk hadapi susah payah utk berjaya.

Aku ingat masa discussion pasal aku nak berhenti dgn boss ke2 aku. Aku bg alasan location dan distance (25km + jammed) buat aku tak happy dgn keje aku. Aku nak keje happy dan kepuasan. He agreed with me. Kalau tempat keje tak happy + nak dtg keje pun penat, bg aku takde kepuasannye.

Tambahan lagi, kat tmpat keje tak happy & penat, balik rumah pulak penat dek sbbkan jauh dan nak harung jammed, apa guna hidup. Tak kan la aku nak harungi benda ni selama-lamanyer. Aku seolah-olah menzalimi diri aku sendiri utk kepentingan org lain. Utk apa??? Aku adalah seorang isteri dan ibu. Kedudukan isteri adalah disisi suaminya dan sebagai ibu, anak2 perlukan aku.

Selama 2 bulan aku blur pasal life aku. Selama tu jugak la aku mencari2.
Dan Alhamdulilah.... matlamat hidup tu dah jelas.

Blog ummuhusna99, blog ustaz zaharuddin, blog dr. danial, blog ummuammar - terima kasih atas kata2 yang sgt2 cantik dan bermanfaat.

aku suka tul baca artikel kat blog ummi. Sebagai Islam, kita terlupa yang pemikiran kita sudah dijajah oleh kafir.

Insya-Allah, tahun 1431, aku berazam utk jadi muslimah.
Byk yang perlu diperbaikikan. Dan permulaannya adalah niat, kehidupan seharian (solat, aurat, pemikiran, hati).
All the best Nurul Hidayah.

04 January 2010

Tahun 1431H & 2010M

Selamat Datang Tahun Baru..



Azam aku tahun nie.. adalah utk family aku. Bila sebut pasal family.. sifat yang paling penting adalah sabar.



Lately ni aku macam blur. Tak tahu apa yg perlu aku buat.