21 July 2010

WAHAI ISTERIKU

Wahai isteriku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya

Wahai isteriku
Haraplah pada Allah SWT
KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai isteriku
Jangan sesekali kau menangis keranaku
tetapi menangislah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku

Wahai isteriku
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku

Wahai isteriku
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT

Wahai isteriku
Dikala kau bersedih keranaku
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya

Wahai isteriku
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai isteriku
simpanlah air matamu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai isteriku
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrat
hanya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai isteriku
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai isteriku
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT
dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai isteriku, aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku,
malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai isteriku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.

Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah. Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah. Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah. Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah. Terima kasih ya Allah..terima kasih.

[note]: Sekadar luahan hati seorang suami yang hanya sekadar mampu memberikan yang terbaik kepada isteri. Namun kebahagiaan, kepuasan hati, keceriaan, keharmonian, mawadah, kasih sayang dan semua itu adalah datang dari Allah terus ke jiwa isteri. Suami tidak mampu lakukan yang itu. Suami hanya mampu lakukan tanggungjawab yang diberi Allah.


NUKILAN BY Fuad Latip
14 Julai 2010

11 July 2010

Pada Mu Ku Bersujud

ku menatap dalam kelam
tiada yang bisa ku lihat
selain hanya nama-Mu Ya Allah

esok ataukah nanti
ampuni semua salahku
lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
jadikan aku selamanya
hamba-Mu yang slalu bertakwa

ampuniku Ya Allah
yang sering melupakan-Mu
saat Kau limpahkan karunia-Mu
dalam sunyi aku bersujud

pada-MU

LA TAHZAN - KEGEMBIRAAN

' BIla ditimpa dugaan, mintalah pertolongan dr ALLAH untuk diperkuatkan IMAN dan pohonlah perllindungan dr ALLAH dari kesemua kesedihan"

MENANGIS

Kita boleh menangis tapi biarlah tangisan itu hanya apabila kita sedang bermunajat kepada ALLAH.

Usah dididik diri & hati untuk menangis kepada perkara2 keduniaan. Seseungguhnya sikap itu bukanlah sikap yang terpuji.

Untuk meningkat darjat kita disisi ALLAH bukanlah dgn menangis TETAPI perbanyakkanlah AMAL SOLEH dgn penuh keikhlasan. Insya-ALLAH, DIA akan sentiasa bersama-sama dgn kita.

Kita sememangnya disuruh untuk bergembira, berlapang dada. Kerana itulah dia SYURGA di dunia.

Syurga Dunia itu bergembira ke jalan ALLAH, ketenangan hati, berlapang dada dan merasai nikmat kegembiraan

Hidayah itu Milik Allah

Salam untuk diri sendiri.

Tahun 2010 dah melepasi separuh tahun. Macam2 yang dah berlaku dan berlalu. Pelbagai dugaan dan keinsafan bertandang. Pelbagai ilmu dan pengajaran yang diperolehi.

Bagi kehidupan aku untuk 6 bulan 2010, banyak perkara yang dipelajari, banyak perkara yang disesali dan banyak perkara yang perlu untuk diperbaiki dan banyak ilmu yang ada tunggu untuk diaplikasikan.

Sesungguhnya, apa yang BAIK datang dari Allah dan sesungguhnya yang BURUK itu datang dari diri sendiri yang leka dengan duniawi dan kalah dgn hasutan Iblis, Syaitan & Nafsu.

& sesungguhnya Hidayah itu milik ALLAH.

Apabila Hidayah itu terbit dari hati, apabila kita merasakan kehadiran-Nya, ketika itulah baru kita memahami apa itu ketenangan & kebahagiaan. Betapa Allah bersifat Maha Penyayang & Maha Pengasih.

Belajarlah mencintaiNya kerana tiada kelukaan, tiada kedukaan yang diberi. Malah bertambah kenikmatan akhirat yang diperolehi.

Belajarlah bersabar kerana tiada kerugiaan yang diperolehi. Malah ketinggian darjat yang diperolehi.

Sempurnakanlah solat kerana ia akan memimpin kita ke jalan yang benar.

Tak mudah untuk perolehi tapi... tak susah untuk mencari.

Yakin Diri

Yakin Diri

YAKIN DIRI – copy from http://www.fuadlatip.com

Memang mudah untuk mengatakan bahawa kita yakin pada diri sendiri. Tetapi sejauh mana kita meyakini diri kita terhadap sesuatu perkara seringkali tidak mencecah 100%. Masalah ini bukanlah wujud dalam diri anda seorang sahaja. Malah ia wujud hampir kepada setiap orang.
Saya suka cerita kungfu panda. Cerita yang memberi pengajaran terbaik di dalam membina keyakinan diri. Scroll Golden Warrior memberitahu kita bahawa untuk berjaya, kita kena yakin pada diri sendiri. Tetapi sebagai seorang islam, perkara utama adalah kita perlu yakin dengan Tuhan iaitu Allah.

Lalu persoalan baru wujud di mana bagaimana untuk kita Yakin dengan Allah 100%. Kita seringkali berkata kita yakin dengan Allah. Tetapi ramai cuma mengatakan yakin ketika dalam solat sahaja iaitu ketika mengucap di duduk antara dua sujud. Bagaimana di dalam aktiviti harian kita? Sejauh mana kita berdoa kepada Allah di dalam melakukan sesuatu perkara?

Sebagai contoh, di dalam kita melakukan internet biz, di dalam kita melakukan aktiviti marketing dan sebagainya, berapa ramai yang berdoa kepada Allah memohon agar apa yang kita lakukan akan berjaya dan mencapai apa yang kita inginkan. Berapa ramai yang berdoa agar Allah memurahkan rezeki kita ketika kita sedang melakukan? Bukankah kita dikehendaki mengingati Allah setiap saat.

Jika kita tidak berdoa, bukankah sebenarnya kita tidak yakin dengan Allah. Lalu bagaimana kita nak percaya pada diri sendiri sedangkan kita tidak pernah berdoa pada Allah agar kita yakin dengan diri sendiri. Berdoa agar Allah melapangkan hati kita dan memberi rahmat kepada kita.
Percayalah pada Allah dengan penuh keyakinan dan doalah kepadaNya agar kita sentiasa yakin dengan diri sendiri. InshaAllah kita akan mula yakin 100% dengan diri kita dan akhirnya kejayaan pasti datang.

By http://www.fuadlatip.com/