11 July 2010

Yakin Diri

Yakin Diri

YAKIN DIRI – copy from http://www.fuadlatip.com

Memang mudah untuk mengatakan bahawa kita yakin pada diri sendiri. Tetapi sejauh mana kita meyakini diri kita terhadap sesuatu perkara seringkali tidak mencecah 100%. Masalah ini bukanlah wujud dalam diri anda seorang sahaja. Malah ia wujud hampir kepada setiap orang.
Saya suka cerita kungfu panda. Cerita yang memberi pengajaran terbaik di dalam membina keyakinan diri. Scroll Golden Warrior memberitahu kita bahawa untuk berjaya, kita kena yakin pada diri sendiri. Tetapi sebagai seorang islam, perkara utama adalah kita perlu yakin dengan Tuhan iaitu Allah.

Lalu persoalan baru wujud di mana bagaimana untuk kita Yakin dengan Allah 100%. Kita seringkali berkata kita yakin dengan Allah. Tetapi ramai cuma mengatakan yakin ketika dalam solat sahaja iaitu ketika mengucap di duduk antara dua sujud. Bagaimana di dalam aktiviti harian kita? Sejauh mana kita berdoa kepada Allah di dalam melakukan sesuatu perkara?

Sebagai contoh, di dalam kita melakukan internet biz, di dalam kita melakukan aktiviti marketing dan sebagainya, berapa ramai yang berdoa kepada Allah memohon agar apa yang kita lakukan akan berjaya dan mencapai apa yang kita inginkan. Berapa ramai yang berdoa agar Allah memurahkan rezeki kita ketika kita sedang melakukan? Bukankah kita dikehendaki mengingati Allah setiap saat.

Jika kita tidak berdoa, bukankah sebenarnya kita tidak yakin dengan Allah. Lalu bagaimana kita nak percaya pada diri sendiri sedangkan kita tidak pernah berdoa pada Allah agar kita yakin dengan diri sendiri. Berdoa agar Allah melapangkan hati kita dan memberi rahmat kepada kita.
Percayalah pada Allah dengan penuh keyakinan dan doalah kepadaNya agar kita sentiasa yakin dengan diri sendiri. InshaAllah kita akan mula yakin 100% dengan diri kita dan akhirnya kejayaan pasti datang.

By http://www.fuadlatip.com/

No comments:

Post a Comment