11 August 2010

JANGAN BERSEDIH KERANA DUNIA TERLALU HINA UNTUK DITANGISI

Syair indah dari ‘Adi bin Zaid drpd Istana Raja Thahir bin Al-Husain.

“Wahai orang yang bergembira di atas penderitaan orang lain dan selalu memburuk-burukkan masa, apakah kamu orang yang selamat dan terlindungi atau apakah kamu punya perjanjian kuat yang menjaminmu dari hari ke hari
Sesungguhnya kau adalah orang bodoh yang tertipu”

Ertinya:
Wahai orang yang suka bergembira di atas penderitaan orang lain, apakah kamu mempunyai satu perjanjian bahawa engkau tidak akan ditimpa musibah sebagaimana yang telah menimpa orang yang kamu merasa bergembira dengannya?
Apakah engkau mempunyai satu jaminan bahawa hari-harimu akan selamat dari segala bahaya dan bencana? KAlau begitu, mengapa engkau bergembira di atas penderitaan orang lain, padahal engkau tidak memiliki perjanjian dan jaminan itu?

Dalam sebuah hadith shahih disebutkan:
“Seandainya nilai dunia ini disisi Allah sama nilainya dengan sayap seekor nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air pun.”

Menurut Allah, dunia lebih tidak berharga dari sayap seekor nyamuk, inilah hakikat nilainya dan timbangannya di sisi Allah. Lalu mengapa harus bersedih dan gelisah kerananya?
Kebahagiaan adalah anda merasa aman atas diri, masa depan, keluarga dan kehidupan anda sendiri. Dan semua ini terhimpun dalam keimanan, redha terhadap qada’ dan qadarNya serta diiringi dengan sikap qana’ah dan sabar.

Pendapatku:
Tak perlulah kita melayan rasa sedih di atas segala musibah yang menimpa. Aku prefer untuk jadi orang yang ditertawakan dan dikenakan dari aku yang mengenakan orang. Memanglah sakit bila ditertawakan dan dikenakan tapi perkara itulah yang mengajar aku untuk bersabar dan menilai perkara baik dan sebaliknya.
Sesungguhnya hidup dunia umpama roda, kejap kita di atas dan kejap dibawah. Yang paling penting aku nak rasa enjoy dengan setiap perbuatan dan kelakuan aku sepanjang hidup ini.
Alhamdulilah, aku sudah nampak apa itu dunia dan apa itu akhirat. Aku perlu buang segala pemikiran yang melebihi dunia – kejar kemewahan – rumah besar, kereta besar, gaya stylo – fesyen2 up to date dll.
Aku sebenarnya rindukan Nurul yang dulu, zaman remaja, masa aku sedang mencari diri aku, zaman utm, yang enjoy dengan diri Nurul Hidayah yang sebenarnya.
Zaman kerja – aku terpengaruh dengan mencari kemewahan, lebih pentingkan kerja dari menikmati hidup aku masa itu. Because of that, aku confuse dan ia menjadi konflik dalam diri aku sendiri. Tambahan pula, dunia kerja bukanlah indah sangat dan tidaklah 100% professional. Dari situ aku mula nampak persaingan yang sgt2 tidak sihat – politik kotor, hasad dengki, cemburu, gila kuasa, kipas punggung boss, rasuah sana sini dan macam-macam lagi. Untuk memenuhi nafsu2 tersebut, maka masing2 mulakan akitiviti kipas boss, memburukkan orang, jatuhkan orang atau apa shj cara untuk mencapaikan nafsu tsbt.

Dan dari situ juga, berlaku konflik dalam diri aku. Lama juga aku cuba bertahan tapi... kalah jugak. Tapi aku bersyukur aku tersungkur. Bila kita tersungkur tak bermakna kita kalah. Itu adalah masa untuk kita berehat dan berfikir semula tujuan kita hidup. Memikirkan semula matlamat kita sebagai manusia/khalifah di dunia ini. Membetulkan semula matlamat hidup dan meneruskan hidup ini dgn matlamat yang sudah diperbetulkan. Dan yang paling penting – lupakan segala kepahitan yang lalu supaya hati tiada dendam.
Dan aku bersyukur aku baca buku Jangan Bersedih. Mula2 baca rasa pahit sangat tapi ditelankan juga. Dan alhamdulilah hati sudah Nampak apa yang perlu Nampak.

I am a Happy Go Lucky girl......

No comments:

Post a Comment