20 January 2010

Azam Tahun 2010

Alhamdulilah... tanggal 18 Jan 2010, aku berjaya gak tender buat kali 3 setelah di tolak. Ni pun berkat kena marah dgn hubby gak.

Alhamdulilah.. aku buat keputusan nie pun bukan atas sbb tak puas hati dgn management atau pun tak suka dgn keje aku. Management tu pun orang, takde yang perfect pun.

Alhamdulilah.. azam aku tahun nie.. aku cabar diri aku untuk built up my own business. Business apa? Itu bukan permulaan. Tapi ilmu business, susah payah utk naik dan paling utama, mental setting.

Kita nie kalau tgk org berjaya, seronok. Mula2 bercita2 nak jadi macam tu. Tapi bersedia tak mental kita utk hadapi susah payah utk berjaya.

Aku ingat masa discussion pasal aku nak berhenti dgn boss ke2 aku. Aku bg alasan location dan distance (25km + jammed) buat aku tak happy dgn keje aku. Aku nak keje happy dan kepuasan. He agreed with me. Kalau tempat keje tak happy + nak dtg keje pun penat, bg aku takde kepuasannye.

Tambahan lagi, kat tmpat keje tak happy & penat, balik rumah pulak penat dek sbbkan jauh dan nak harung jammed, apa guna hidup. Tak kan la aku nak harungi benda ni selama-lamanyer. Aku seolah-olah menzalimi diri aku sendiri utk kepentingan org lain. Utk apa??? Aku adalah seorang isteri dan ibu. Kedudukan isteri adalah disisi suaminya dan sebagai ibu, anak2 perlukan aku.

Selama 2 bulan aku blur pasal life aku. Selama tu jugak la aku mencari2.
Dan Alhamdulilah.... matlamat hidup tu dah jelas.

Blog ummuhusna99, blog ustaz zaharuddin, blog dr. danial, blog ummuammar - terima kasih atas kata2 yang sgt2 cantik dan bermanfaat.

aku suka tul baca artikel kat blog ummi. Sebagai Islam, kita terlupa yang pemikiran kita sudah dijajah oleh kafir.

Insya-Allah, tahun 1431, aku berazam utk jadi muslimah.
Byk yang perlu diperbaikikan. Dan permulaannya adalah niat, kehidupan seharian (solat, aurat, pemikiran, hati).
All the best Nurul Hidayah.

04 January 2010

Tahun 1431H & 2010M

Selamat Datang Tahun Baru..



Azam aku tahun nie.. adalah utk family aku. Bila sebut pasal family.. sifat yang paling penting adalah sabar.



Lately ni aku macam blur. Tak tahu apa yg perlu aku buat.

04 December 2009

Aku baru habis Maternity Leave dan dah pun masuk keje on 1 Dec 2009.
Tapi hati aku memang tak rasa seronok nak mulakan keje..

Sepanjang 2 bulan berpantang.. aku memang dah target nak resign from TCSI.
Niat di hati tu nak tolong hubby yang tgh kelam kabut dgn keje dia.
Tapi byk pula perkara yang difikirkan..
Aku dah pun utarakan hal ini pada Wizdma. Dia memang tak benarkan sbb aku resign without planning. Btul jugak apa yang disampaikan. Hal2 kewangan memang la perkara no satu yg aku kena fikirkan. Kedua hal2 berkait dgn anak.
Mulanya aku rasa yakin dgn apa yang dah diazamkan. Tapi.. aku pun tak boleh nak pentingkan diri sendiri.. hal2 anak2 pun aku kena consider.
"Ya Allah, aku pohon petunjuk Mu. Aku tak nampak jalan mana yang harus aku pilih. Aku mohon petunjuk Mu, jalan mana yang harus aku ikut. aku perlukan keyakinan sebelum meneruskan perjalanan yang seterusnya."

Sepanjang minggu pertama nie.. aku byk habiskan masa baca blog Ustazah Noraslina (wife kpd Ustaz Zaharuddin).
"Ya Allah, aku bersyukur kerana byk memberi petunjuk kpd ku. Ya Allah, aku telah alpa yang menybbkan roh aku lemah. Ya Allah sesungguhNya Engkau Maha Pengasih & Penyayang"
Insya-Allah, blog ummuhusna99 tetap tempat tatapan aku sepanjang masa.


01 September 2009

Kerja.....

Malas betul hari nie... tp keje memang banyak....
Semuanyer dok keja..

Sabar je la...

Pregnancy aku pun dah masuk 33 minggu.. tapi sakit dah rasa...
Rasa macam tak sabar je nak bersalin tapi bila kenang kan keje yang akan ditinggalkan kat si Najwa nie.. rasa macam nak hold je dulu...

Sabar je la...

Mata mengantuk sesgt nie...

Tapi byk keje nak kena settle kan cepat nie....

Sabar je la...



Org MMHE nie dok keje Progress Report.. Semua dah ada.. tapi.. aku nie lak yang tak menyempat-nyempat nak forwardkan progress report tu kat dia...

Sabar je la...

2 September 2009

Salam...
This is my first day of my blog.
Finally I managed to have my own blog.

Let start...